Wednesday, February 11, 2009

Tiffany sedang menerima hadiah naib johan

Pelajar menanti upacara penyampaian hadiah

Perlawanan akhir bergu bawah 15 tahun Zon Keramat

Minggu sukan di Zon Keramat.




Dari 10 hingga 13 Februari 2009 pelbagai aktiviti sukan seperti Bola Jaring, Catur, Pingpong dan Olahraga dipertandingkan. SMKPA telah menjadi tuan rumah untuk Kejohanan Bola Jaring Zon Keramat.




Pasukan pingpong telah bertanding di SMK Puteri Wilayah (Kelab Sultan Sulaiman Kg.Baru) seramai 9 orang telah mewakili SMKPA. Pasukan bawah 18 telah mendapat tempat ke 3 di Zon Keramat(kira hebatlah dia orang ni) yang penting SMKPA telah mengalahkan CBN...syabas girls( Chung Cheng Yee, Dedire, Raihan dan Fawini ). Manakala 2 beradik Tiffany n Marissa telah berjaya memasuki peringkat akhir bergu bawah 15 tahun. Mereka telah menjadi naib johan bergu bawah 15 Zon Keramat dan telah terpilih untuk mewakili Zon Keramat, Syabas Marissa n Tiffany. Tahun depan kita cuba lagi.
Olahraga juga telah menjulang nama SMKPA di Zon Keramat dimana Shafiqah Shahira bt Shaharuddin telah berjaya mendapat anugerah Olahragawati Bawah 15 Zon Keramat. Pelajar ini memenangi pingat emas dan memecahkan rekod untuk acara 200 dan 100 meter lari berpagar. Selain itu Shafiqah juga mendapat pingat perak acara lompat tinggi. SMKPA juga mendapat pingat perak bagi acara lempar cakra (Nur Almadanah Abdullah), 3000m jalan kaki (Yap Li Wen), Lompat Tinggi bwh 18 (Jesse Lim Ying Lay), Lompat Jauh P18 (Noryusniza Yusop) dan 400m Lari Berpagar P18 (Elia Eliana Saadon)
Pingat gangsa dimenangi oleh Noryusniza Yusuf (400m P18) dan acara 4 x 100m P18 (Noryusniza,Sharifah Nadia,Ting Jing Ning dan Nur Fatin Aqila).
Selain itu SMKPA juga menjadi Johan dalam pertandingan bola keranjang bawah 15 dan menjadi naib johan bawah 18
Badminton juga turut menaikan nama SMKPA dimana muncul sebagai johan bergu dan perseorangan bawah 15.
Tahun ini SMKPA memang cemerlang
SYABAS PELAJAR PELAJAR SMKPA...ANDA MEMANG HEBAT

No comments:

Post a Comment