Saturday, May 30, 2009


Kami dan redy ni...tak sabar nak joget lambak ni


bukan main hebat lagi guru-guru baru menari ...berbakat mereka ni


Sebahagian pelajar leka melihat persembahan guru



Pelajar SMKPA tidak berganjak menonton persembahan hebat guru dan rakan-rakan mereka


Terima kasih AJK siaraya

Selamat Hari Guru Dan Selamat bercuti


Semalam pelbagai aktiviti diadakan sempena hari guru peringkat sekolah. Terima kasih para pelajar dan guru-guru yang telah bertungkus lumus menjayakan aktiviti ini. semoga keikhlasan anda semua mendapat rahmat dari Tuhan.

Para pelajar dan guru bercuti selama 2 minggu bermula 30hb Mei - 14 jun 2009. so para pelajar buku-buku jangan dilupakan.

Guru-guru dan para pelajar juga mengucapkan selamat maju jaya kepada Cikgu Noraida Azlin yang berpindah ke Kuala Lipis (SMK Cliford Kuala Lipis) untuk bersama suaminya. Didoakan semoga akan lebih bahagia, gembira menjalani kehidupan berumah tangga. Jangan lupakan SMKPA tapak pertama cikgu ok.












Wednesday, May 27, 2009

Membina Keyakinan Diri

Manusia memang sentiasa diuji dengan pelbagai dugaan dan cabaran, hanya mereka yang tabah dan tenang dapat mengatasi setiap halangan yang mendatang. Kita sebagai manusia hanya mampu merancang namun ketentuan milik Tuhan yang esa.
Bagaimana keyakinan diri dapat dibentuk?
10 cara membina keyakinan diri.
  1. Katakan Boleh - Kata-kata yang positif perlu sentiasa adaa dalam minda kita agar dapat merangsang kita untuk membina keyakinan diri.
  2. Usah Memandang Rendah Keupayaan Diri - Kita sebagai manusia mempunyai kelebihan dan kekuatan yang tersendiri. Kita harus merasa bangga dengan keupayaan diri kita sendiri justeru itu jangan biarkan diri anda dibelenggu dengan pandangan negatif terhadap keupayaan diri sendiri.
  3. Sentiasa Mengkaji dan Membaiki Kelemahan Diri - Jangan jadikan kekurangan diri sebagai halangan. Kita hendaklah sentiasa mengkaji dan membaiki kelemahan diri kerana itu adalah lebih baik daripada kita memikirkannya dan berdiam diri sahaja.
  4. Malu Biar Bertempat - Sifat malu perlu ada dalam diri kita namun biarlah dipamerkan Numbered Listdi tempat yang betul. Justeru itu jangan biarkan perasaan malu yang tidak menentu menguasai diri anda.
  5. Berfikirlah Secara Positif - Hal ini akan membentuk keyakinan diri dan menjadikan kita berani menghadapi cabaran yang mendatang.
  6. Sentiasalah Bersedia - Jika kita sentiasa bersedia keyakinan diri akan bertambah mantap dan tidak mudah diperkecil-kecilkan oleh orang lain.
  7. Usah Menangguhkan Kerja - Sikap menangguhkan kerja membuatkan kita leka justeru itu berusahalah supaya kerja kita tidak tertangguh.
  8. Jagalah Kesihatan dan Minda Kita - Kesihatan yang baik menjadikan kita cergas dan cerdas sepanjang masa, oleh itu jagalah kesihatan dan permakanan anda kerana hal ini akan membentuk minda kita.
  9. Hargai Diri Sendiri - Penghargaan terhadap diri sendiri dapat membentuk perasaan bersyukur dengan anugerah Allah serta membentuk keyakinan diri.
  10. Pilihlah Sahabat - Sahabat yang baik di masa susah dan senang akan menjadikan kita sentiasa riang gembira dan dapat membentuk fikiran yang positif.
Sumber: Diubah suai daripada Majalah Keluarga Harmoni (1 - 15 Mac 2006)

Monday, May 25, 2009

Bermulanya disini



TEAM ANJUNG SEJARAH JPWPKL


Tanggal 25 Mei 2009, team guru sejarah JPWP Kuala Lumpur telah mencipta sejarah sendiri kerana telah berjaya memwujudkan blog untuk kegunaan guru-guru dan pelajar di seluruh Malaysia. Team ini dianggotai oleh:
1) En. Hadi Taufik Hussain - Unit Kurikulum JPWPKL
2) Pn. Masariah Mispari - Maktab Tentera Diraja
3) En. Suhaimi Jawal - SMK Seksyen 5 Wangsa Maju
4) Pn. Norhayati Mat Zain - SMK Seri Permaisuri
5) En. Sohaidie Mohd Zain - SMK Taman Maluri
6) En. Rosli Yasin - SMK Danau Kota
7) Pn. Fadhlihayati A.Rashid - SMK Seri Tasik
8) En. Shaharudin Said - SMK Puteri Ampang

Objektif team ini ditubuhkan bagi membolehkan guru dan pelajar mendapatkan bahan pengajaran dan pembelajaran yang terkini dari sumber yang benar dan berintergeriti.

Thursday, May 21, 2009

Belajar buat blog sendiri, 21 Mei 09



Suasana di makmal komputer semasa guru-guru belajar buat blog sendiri, tersenyum lebar cikgu Azah dan cikgu Zawiyah. Cikgu Bad pulak sedang menerangkan sesuatu tentang blog.

Cikgu Harina begitu gembira kerana berjaaya membuat blog yang memang telah lama diidamkanya.....Syabas semua guru SMKPA yang begitu berminat dengan IT. Tadi hujan lebat dan ada kilat so sesuatu telah berlaku pada laptop cikgu Harina. bersabar ya katanya itulah sumber untuk berhubung dengan suaminya di luar negara.

Terima kasih buat Pn Junaidah susah payah cari penceramah, buat cik Siti Zuria dan cikgu Aidil yang berusaha bersungguh-sungguh nak buaat sambungan wayerles tapi belum berjaya, esok kita cuba lagi sampai berjaya. Terima kasih atas semua kerjasama walaupun terpaksa bersila dilantai nak dapatkan ilmu buat blog. Nanti kita buat lagi ok.

Tuesday, May 19, 2009

SELAMAT HARI GURU UNTUK SEMUA GURU SMKPA

SEMOGA ANDA SEMUA DIBERKATI ALLAH

SEGALA JASA BAIK DAN ILMU YANG DICURAHKAN AKAN

MENDAPAT BALASAN DARI YANG MAHA KUASA.

HARI GURU 29 MEI 09.

Minggu Peperiksaan di SMKPA 18hb Mei - 27 Mei 09,
didoakan semoga berjaya semuanya.