Sunday, January 18, 2009



Sekolahku Rumahku

Assalamualaikum dan salam sejahtera,


SMK Puteri Ampang merupakan sebuah sekolah yang terletak di Jalan Ampang, Kuala Lumpur dan berada dalam Zon Keramat. Sekolah ini telah wujud sejak tahun 1964. Sekolah ini berada dibelakang Sucasa Hotel dan Ampang Walk.


Merupakan sebuah sekolah harian khusus untuk pelajar perempuan bermula dari tingkatan satu hingga tingkatan lima. Jumlah pelajar SMKPA kini ialah 820 orang. Sekolah ini merupakan sekolah satu sesi bermula dari tahun ini (2009). Sekolah ini mempunyai 64 orang guru dimana 7 orang GSTT dan seorang guru pelatih dari UPSI. Jumlah kakitangan seramai 11 orang. Pelajar-pelajar terdiri daripada pelajar Melayu, Cina, India dan lain-lain.



Barisan pentadbiran SMKPA:

Pengetua : Puan Nazipah bt Noor

GPK Tadbiran & Kurikulum : Puan Chin Chan Heng

GPK Hal Ehwal Murid : Puan Sabariah bt Sidek

GPK Kokurikulum : Puan Suribah bt Salleh

Ketua Bidang Bahasa : Puan Roslina bt Tarmizi

Ketua Bidang Kemanusiaan : Puan Ruslina bt Darwis

Ketua Bidang Teknik & Vok. : Puan Chu Li Ling

Ketua Bidang Sains & Maths : Puan Wan Hanisah Wan Yaakob



Semalam 17hb January 2009, satu majlis perpisahaan untuk Pn. Siti Hadser bt Sudin telah diadakan. Beliau dinaikan pangkat menjadi pengetua di SMK Perempuan Bandaraya. Pn Siti telah bertugas di SMKPA selama hampir 12 tahun. Jadi TAHNIAH untuk beliau. Didoakan terus cemerlang dalam menjalankan tugas-tugas sbagai pegetua di tempat yang baru. Antara aktiviti yang diadakan ialah persembahan multimedia oleh En Tuan Aidil, persembahan pelajar seperti tarian melayu dan cina, nyanyian solo dan dikir barat. Memang pelajar SMKPA amat berbakat.

Selain itu satu majlis berkaitan dengan Palestin turut diadakan bagi menyokong perjuangan rakyat Palestin yang dizalimi oleh pihak Israel. Derma sebanyak RM1,200 berjaya dikumpulkan. Majlis ini menerangkan bagaimana negara Israel wujud dan bagaimana mereka meluaskan pengaruhnya. Ternyata kini bumi Palestin hampir dikuasai sepenuhnya oleh Israel. Semoga pelajar dan semua kaki tangan memahami apa yang telah dibicarakan. Terima kasih kepada semua kakitangan dan pelajar SMKPA atas kemurahan hati anda. Sama-samalah kita mendoakan keamanan dan kejayaan penduduk Palestin. Jadi marilah kita sama-sama membacakan doa berikut untuk penduduk Palestin.


"Wahai tuhan kami sesungguhnya kami menjadikanMu sebagai pendinding kepada musuh-musuh kami. Kami berlindung denganmu daripada kejahatan mereka. Wahai tuhan kami, binasakanlah kesempurnaan mereka dan pecah belahkan kesatuan mereka dan gagalkanlah segala usaha jahat mereka, goyahkanlah pendirian mereka dan hantarkanlah bencana yang besar buat yang menzalimi penduduk Palestin. Wahai tuhan yang gagah perkasa hancurkanlah mereka seeperti mana hancurnya tentera Ahzab, hancur dan musnahkan mereka....amin."



Pelajar-pelajar SMKPA kini sedang menjalani latihan sukan untuk kejohanan sukan tahunan pada 21hb February. Manakala pada 23 January akan diadakan pertandingan merentas desa. Pertandingan melibatkan rumah Murni, Setia, Budi dan Bakti. Pada tahun lepas rumah sukan Murni menjadi johan. Kejohanan sukan akan diadakan di padang sekolah. Hal ini telah menjadi satu budaya sejak dahulu lagi. Pelajar dan guru-guru akan sama-sama membuat garisan untuk balapan. Syabas semua. Anda memang hebat.




4 comments:

  1. so silalah datang tak ada salahnya

    ReplyDelete
  2. Dulu Sek. Men (P) Jln. Ampang.. dah lebih sepuluh tahun tinggalkan sekolahku yang tercinta. =)

    ReplyDelete