Tuesday, September 15, 2009

Selamat Hari Raya

Salam buat semua warga SMKPA dan lain-lain.
Selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin atas ketelanjuran bicara, terkasar bahasa dan lain-lain.

Kepada pelajar tingkatan 3, awas PMR kian menghampiri anda 7 Oktober 2009. Teruskan usaha anda demi sebuah kejayaan dikemudian hari. Insyallah pasti akan berjaya.
Apa-apa pun yang dilakukan ingat kepada Tuhan kerana Dia melihat segalanya.

Friday, August 21, 2009

Selamat bercuti

Mulai 22 Ogos 2009 pelajar-pelajar akan bercuti sehingga 31 Ogos 2009 dan SELAMAT BERPUASA buat semua umat Islam, semoga ibadat kita lebih baik daripada tahun lepas.

Seminar Pemikiran Islam

19 Ogos 2009 tealah tercatat dalam sejarah SMKPA dimana telah berlangsung Perasmian Penutupan Seminar Pemikiran Islam Perubahan dan Cabaran Pada Hari Esok. Majlis ini anjuran Yayasan Pelajaran MARA dengan kerjasama JPWP Kuala Lumpur.
Majlis dirasmikan oleh En. Shahrin Md. Jamaludin, Setiausaha Politik Kepada Menteri Pelajaran Malaysia. Program ini melibatkan 29 buah sekolah menengah dari pelbaagai zon yang terpilih.
Program ini telah berjalan lancar dan mendapat kerjasama yaang baik daripada pelajar SMKPA

Bulan Kemerdekaan

17 Ogos 2009, Bulan Patriotisme telah dirasmikan oleh Pn. Nazipah bt Nor, Pengetua SMKPA.
Perlbagai aktiviti telah dirancangkan sepanjang bulan patriotisme ini.
Selamat menyambut Hari Kemerdekaan yang ke 52......Merdeka, Merdeaka, Merdeka

Saturday, August 1, 2009

salam buat semua

Untuk mendapatkan maklumat tentang mata pelajaran SEJARAH semua tingkatan sila ke link sejarah kat bahagian tepi ok. Banyak maklumat yang berguna kat situ. Cuba-cubalah masuk ok

Monday, June 29, 2009

Seminar Sejarah spm



pelajar tekun membaca
Pn.Ruslina Darwish - pakar sejarah SMKPA
Juruacara - Pn. Bibi Kamar Kasim

Pelajar lelaki pun ada
Guru pengiring
Guru pengiring

Pengawas bertugas bersama Pn. Chin n Pn. Bibi
En. Shah n pengawas bertugas
Aktiviti dalam dewan
Tekun mendengar ceramah Pn. Normala
Masa makan
Sambung balik
Tekun dan berminat


Pendaftaran Pn. Che Robiah n Pn. Nurul


Pengawas bergaya jap
Minum pagi


Pendaftaran

Hari ini 29 Jun 2009, SMKPA telah menjadi tuan rumah Seminar Sejarah SPM bagi Zon keramat, Seminar ini disertai oleh 23 buah sekolah di Zon Keramat.

Alhamdulillah sambutan dari pelajar amat baik dan membanggakan. Seminar dimulakan oleh Pn. Ruslina Darwish, Guru Kanan Kemanusiaan SMKPA tentang teknik menjawab kertas 2.

Majlis diteruskan dengan Ceramah Belajar Cara Belajar oleh Pn. Normala Ahmad dari SMK Wangsa Melawati KL.

Terima kasih kepada semua AJK dari SMKPA yang telah bertungkus lumus menjayakan seminar ini.

Tuesday, June 23, 2009

Pertandingan tarian




Bertempat di HGH Convention Center Jalan Sentul KL, telah diadakan pertandingan tarian sek rendah dan menengah peringkat negeri Wilayah Persekutuan KL. Pertandingan ini berlangsung pada 23 Jun (untuk sek rendah) dan 24 Jun (untuk sek menengah). Majlis ini telah dipengerusikan oleh Puan Kok Sea Yin (Guru besar SK Brickfields 1). Manakala SMK Puteri Ampang dan SK Perempuan Methodist 1 diamanahkan sebagai AJK Juruacara.


Pertandingan bagi sek rendah telah berlangsung dengan jayanya dengan SK AU Keramat telah muncul juara keseluruhan dan akan mewakili KL ke pertandingan peringkat negeri di Kedah.


Bagi sekolah menengah pula SMK Tinggi Setapak telah menjadi juara keseluruhan dan akan mewakili KL keperingkat negeri. Tahniah dan syabas diucapkan
Pengarah Pelajaran Wilayah Persekutuan, En. Sulaiman bin Wak telah sudi hadir dan menyampaikan hadiah kepada para pemenang.
Pihak eduwebtv turut hadir merakamkan perjalanan majlis ini. majlis ini berlangsung dalam suasana yang amat meriah. Tahniah semua AJK yang sentiasa bertungkus lumus untuk menjayakannya.
Semoga tahun depan pelajar SMK Puteri Ampang akan turut bertanding bagi mempamerkan bakat dan kebolehan pelajar-pelajar sekolah ini.

Khemah ibadat





Pelajar tekun mendengar ceramah .

Bermula dari 19 Jun hingga 20 Jun 2009 SMK Puteri Ampang telah mengadakan program tahunan untuk pelajar tingkatan 3 dan 5. Program ini telah berjaya diadakan dengan jayanya atas kerjasama guru-guru, ibu bapa dan PIBG. Terima kasih buat semua dermawan samada dari segi wang ringgit dan tenaga. Semoga program ini dapat memberikan manfaat dan motivasi buat pelajar untuk mengapai kecemerlangan dalam pelajaran dan kehidupan.

Monday, June 15, 2009

Selamat bersekolah

Selamat bersekolah semula selepas bercuti 2 minggu. Harap-harap cuti dipenuhi dengan aktiviti yang berfaedah. Kepada pelajar yang bakal menduduki exam PMR dan SPM ayuh teruskan perjuangan anda hingga berjaya. Usaha terus berusaha pasti jaya...insyaallah

Monday, June 1, 2009

BERITA SEMASA


Suasana dibilik pc SMKPA masa cuti sekolah



PERHATIAN PELAJAR TINGKATAN 1 HINGGA 3


Semua pelajar tingkatan 1 hingga 3 dikehendaki mengambil ujian permata pintar melalui
website http://www.permata/ pintar.gov.com sebelum 5 Jun 2009.

Sila maklumkan kepada rakan-rakan anda.

Selamat bercuti

Saturday, May 30, 2009


Kami dan redy ni...tak sabar nak joget lambak ni


bukan main hebat lagi guru-guru baru menari ...berbakat mereka ni


Sebahagian pelajar leka melihat persembahan guru



Pelajar SMKPA tidak berganjak menonton persembahan hebat guru dan rakan-rakan mereka


Terima kasih AJK siaraya

Selamat Hari Guru Dan Selamat bercuti


Semalam pelbagai aktiviti diadakan sempena hari guru peringkat sekolah. Terima kasih para pelajar dan guru-guru yang telah bertungkus lumus menjayakan aktiviti ini. semoga keikhlasan anda semua mendapat rahmat dari Tuhan.

Para pelajar dan guru bercuti selama 2 minggu bermula 30hb Mei - 14 jun 2009. so para pelajar buku-buku jangan dilupakan.

Guru-guru dan para pelajar juga mengucapkan selamat maju jaya kepada Cikgu Noraida Azlin yang berpindah ke Kuala Lipis (SMK Cliford Kuala Lipis) untuk bersama suaminya. Didoakan semoga akan lebih bahagia, gembira menjalani kehidupan berumah tangga. Jangan lupakan SMKPA tapak pertama cikgu ok.












Wednesday, May 27, 2009

Membina Keyakinan Diri

Manusia memang sentiasa diuji dengan pelbagai dugaan dan cabaran, hanya mereka yang tabah dan tenang dapat mengatasi setiap halangan yang mendatang. Kita sebagai manusia hanya mampu merancang namun ketentuan milik Tuhan yang esa.
Bagaimana keyakinan diri dapat dibentuk?
10 cara membina keyakinan diri.
  1. Katakan Boleh - Kata-kata yang positif perlu sentiasa adaa dalam minda kita agar dapat merangsang kita untuk membina keyakinan diri.
  2. Usah Memandang Rendah Keupayaan Diri - Kita sebagai manusia mempunyai kelebihan dan kekuatan yang tersendiri. Kita harus merasa bangga dengan keupayaan diri kita sendiri justeru itu jangan biarkan diri anda dibelenggu dengan pandangan negatif terhadap keupayaan diri sendiri.
  3. Sentiasa Mengkaji dan Membaiki Kelemahan Diri - Jangan jadikan kekurangan diri sebagai halangan. Kita hendaklah sentiasa mengkaji dan membaiki kelemahan diri kerana itu adalah lebih baik daripada kita memikirkannya dan berdiam diri sahaja.
  4. Malu Biar Bertempat - Sifat malu perlu ada dalam diri kita namun biarlah dipamerkan Numbered Listdi tempat yang betul. Justeru itu jangan biarkan perasaan malu yang tidak menentu menguasai diri anda.
  5. Berfikirlah Secara Positif - Hal ini akan membentuk keyakinan diri dan menjadikan kita berani menghadapi cabaran yang mendatang.
  6. Sentiasalah Bersedia - Jika kita sentiasa bersedia keyakinan diri akan bertambah mantap dan tidak mudah diperkecil-kecilkan oleh orang lain.
  7. Usah Menangguhkan Kerja - Sikap menangguhkan kerja membuatkan kita leka justeru itu berusahalah supaya kerja kita tidak tertangguh.
  8. Jagalah Kesihatan dan Minda Kita - Kesihatan yang baik menjadikan kita cergas dan cerdas sepanjang masa, oleh itu jagalah kesihatan dan permakanan anda kerana hal ini akan membentuk minda kita.
  9. Hargai Diri Sendiri - Penghargaan terhadap diri sendiri dapat membentuk perasaan bersyukur dengan anugerah Allah serta membentuk keyakinan diri.
  10. Pilihlah Sahabat - Sahabat yang baik di masa susah dan senang akan menjadikan kita sentiasa riang gembira dan dapat membentuk fikiran yang positif.
Sumber: Diubah suai daripada Majalah Keluarga Harmoni (1 - 15 Mac 2006)

Monday, May 25, 2009

Bermulanya disini



TEAM ANJUNG SEJARAH JPWPKL


Tanggal 25 Mei 2009, team guru sejarah JPWP Kuala Lumpur telah mencipta sejarah sendiri kerana telah berjaya memwujudkan blog untuk kegunaan guru-guru dan pelajar di seluruh Malaysia. Team ini dianggotai oleh:
1) En. Hadi Taufik Hussain - Unit Kurikulum JPWPKL
2) Pn. Masariah Mispari - Maktab Tentera Diraja
3) En. Suhaimi Jawal - SMK Seksyen 5 Wangsa Maju
4) Pn. Norhayati Mat Zain - SMK Seri Permaisuri
5) En. Sohaidie Mohd Zain - SMK Taman Maluri
6) En. Rosli Yasin - SMK Danau Kota
7) Pn. Fadhlihayati A.Rashid - SMK Seri Tasik
8) En. Shaharudin Said - SMK Puteri Ampang

Objektif team ini ditubuhkan bagi membolehkan guru dan pelajar mendapatkan bahan pengajaran dan pembelajaran yang terkini dari sumber yang benar dan berintergeriti.

Thursday, May 21, 2009

Belajar buat blog sendiri, 21 Mei 09



Suasana di makmal komputer semasa guru-guru belajar buat blog sendiri, tersenyum lebar cikgu Azah dan cikgu Zawiyah. Cikgu Bad pulak sedang menerangkan sesuatu tentang blog.

Cikgu Harina begitu gembira kerana berjaaya membuat blog yang memang telah lama diidamkanya.....Syabas semua guru SMKPA yang begitu berminat dengan IT. Tadi hujan lebat dan ada kilat so sesuatu telah berlaku pada laptop cikgu Harina. bersabar ya katanya itulah sumber untuk berhubung dengan suaminya di luar negara.

Terima kasih buat Pn Junaidah susah payah cari penceramah, buat cik Siti Zuria dan cikgu Aidil yang berusaha bersungguh-sungguh nak buaat sambungan wayerles tapi belum berjaya, esok kita cuba lagi sampai berjaya. Terima kasih atas semua kerjasama walaupun terpaksa bersila dilantai nak dapatkan ilmu buat blog. Nanti kita buat lagi ok.

Tuesday, May 19, 2009

SELAMAT HARI GURU UNTUK SEMUA GURU SMKPA

SEMOGA ANDA SEMUA DIBERKATI ALLAH

SEGALA JASA BAIK DAN ILMU YANG DICURAHKAN AKAN

MENDAPAT BALASAN DARI YANG MAHA KUASA.

HARI GURU 29 MEI 09.

Minggu Peperiksaan di SMKPA 18hb Mei - 27 Mei 09,
didoakan semoga berjaya semuanya.

Thursday, March 26, 2009



Suasana semasa raptai sukan


Pelajar melihat raptai sukan



Suasana semasa acara saringan





Bersemangat Puan Rahayu ni.

Sukan Tahunan akan diadakan pada 28 Mac 2009.
Semua dijemput hadir.







Pelajar Jepun bersedia untuk membuat persembahan




Pelajar SMKPA mempersembahkan
pencak silat

Suasana dalam dewan Sri Kandi



Pelajar dari Bunkyo Gakuin Universiti Girl's High School Jepun telah mengadakan lawatan ke SMKPA buat kali ke 7 pada 2 Mac 2009. Justeru itu pelbagai acara telah disediakan untuk tetamu yang hadir kesekolah kita. Datok Astaman Abd. Aziz (Pengerusi Yayasan Pendidikan Titiwangsa) sekali lagi sudi hadir ke SMKPA dan merasmikan majlis ini. Selain itu persembahan kebudayaan seperti tarian, silat, dikir barat dan persembahan multi media telah dipertontonkan kepada tetamu dari Jepun.
Aktiviti di dalam kelas turut diadakan seperti memperkenalkan jenis makanan, permainan, perbualan, belajar bahasa jepun/bm, permainan tradisional, bertukar cenderamata dan sesi bergambar. Suasana penuh meriah dan ceria.
Syabas diucapkan buat semua yang sentiasa bekerja kuat untuk menjayakan majlis ini.

Wednesday, February 11, 2009

Tiffany sedang menerima hadiah naib johan

Pelajar menanti upacara penyampaian hadiah

Perlawanan akhir bergu bawah 15 tahun Zon Keramat

Minggu sukan di Zon Keramat.




Dari 10 hingga 13 Februari 2009 pelbagai aktiviti sukan seperti Bola Jaring, Catur, Pingpong dan Olahraga dipertandingkan. SMKPA telah menjadi tuan rumah untuk Kejohanan Bola Jaring Zon Keramat.




Pasukan pingpong telah bertanding di SMK Puteri Wilayah (Kelab Sultan Sulaiman Kg.Baru) seramai 9 orang telah mewakili SMKPA. Pasukan bawah 18 telah mendapat tempat ke 3 di Zon Keramat(kira hebatlah dia orang ni) yang penting SMKPA telah mengalahkan CBN...syabas girls( Chung Cheng Yee, Dedire, Raihan dan Fawini ). Manakala 2 beradik Tiffany n Marissa telah berjaya memasuki peringkat akhir bergu bawah 15 tahun. Mereka telah menjadi naib johan bergu bawah 15 Zon Keramat dan telah terpilih untuk mewakili Zon Keramat, Syabas Marissa n Tiffany. Tahun depan kita cuba lagi.
Olahraga juga telah menjulang nama SMKPA di Zon Keramat dimana Shafiqah Shahira bt Shaharuddin telah berjaya mendapat anugerah Olahragawati Bawah 15 Zon Keramat. Pelajar ini memenangi pingat emas dan memecahkan rekod untuk acara 200 dan 100 meter lari berpagar. Selain itu Shafiqah juga mendapat pingat perak acara lompat tinggi. SMKPA juga mendapat pingat perak bagi acara lempar cakra (Nur Almadanah Abdullah), 3000m jalan kaki (Yap Li Wen), Lompat Tinggi bwh 18 (Jesse Lim Ying Lay), Lompat Jauh P18 (Noryusniza Yusop) dan 400m Lari Berpagar P18 (Elia Eliana Saadon)
Pingat gangsa dimenangi oleh Noryusniza Yusuf (400m P18) dan acara 4 x 100m P18 (Noryusniza,Sharifah Nadia,Ting Jing Ning dan Nur Fatin Aqila).
Selain itu SMKPA juga menjadi Johan dalam pertandingan bola keranjang bawah 15 dan menjadi naib johan bawah 18
Badminton juga turut menaikan nama SMKPA dimana muncul sebagai johan bergu dan perseorangan bawah 15.
Tahun ini SMKPA memang cemerlang
SYABAS PELAJAR PELAJAR SMKPA...ANDA MEMANG HEBAT

Thursday, January 22, 2009




Salam sejahtera buat semua,
Jumaat 23hb Januari merentas desa akan diadakan. Selamat berjuang puteri-puteri SMKPA, buktikan anda memang hebat.
Selamat Tahun Baru Cina pada 26 dan 27 Januari. Cuti panjang lah kita semua sampai 2hb Febuari. Cuti-cuti jugak belajar jangan lupa ok.
Bilik guru sedang dipasang pc baru, kerja kuatlah guru-guru ICT...cayalah cikgu Aidil. lepas ni internet pun boleh guna.
Setiausaha sukan pun bergelut minggu ni. SMKPA pasti boleh.

Sunday, January 18, 2009



Sekolahku Rumahku

Assalamualaikum dan salam sejahtera,


SMK Puteri Ampang merupakan sebuah sekolah yang terletak di Jalan Ampang, Kuala Lumpur dan berada dalam Zon Keramat. Sekolah ini telah wujud sejak tahun 1964. Sekolah ini berada dibelakang Sucasa Hotel dan Ampang Walk.


Merupakan sebuah sekolah harian khusus untuk pelajar perempuan bermula dari tingkatan satu hingga tingkatan lima. Jumlah pelajar SMKPA kini ialah 820 orang. Sekolah ini merupakan sekolah satu sesi bermula dari tahun ini (2009). Sekolah ini mempunyai 64 orang guru dimana 7 orang GSTT dan seorang guru pelatih dari UPSI. Jumlah kakitangan seramai 11 orang. Pelajar-pelajar terdiri daripada pelajar Melayu, Cina, India dan lain-lain.



Barisan pentadbiran SMKPA:

Pengetua : Puan Nazipah bt Noor

GPK Tadbiran & Kurikulum : Puan Chin Chan Heng

GPK Hal Ehwal Murid : Puan Sabariah bt Sidek

GPK Kokurikulum : Puan Suribah bt Salleh

Ketua Bidang Bahasa : Puan Roslina bt Tarmizi

Ketua Bidang Kemanusiaan : Puan Ruslina bt Darwis

Ketua Bidang Teknik & Vok. : Puan Chu Li Ling

Ketua Bidang Sains & Maths : Puan Wan Hanisah Wan Yaakob



Semalam 17hb January 2009, satu majlis perpisahaan untuk Pn. Siti Hadser bt Sudin telah diadakan. Beliau dinaikan pangkat menjadi pengetua di SMK Perempuan Bandaraya. Pn Siti telah bertugas di SMKPA selama hampir 12 tahun. Jadi TAHNIAH untuk beliau. Didoakan terus cemerlang dalam menjalankan tugas-tugas sbagai pegetua di tempat yang baru. Antara aktiviti yang diadakan ialah persembahan multimedia oleh En Tuan Aidil, persembahan pelajar seperti tarian melayu dan cina, nyanyian solo dan dikir barat. Memang pelajar SMKPA amat berbakat.

Selain itu satu majlis berkaitan dengan Palestin turut diadakan bagi menyokong perjuangan rakyat Palestin yang dizalimi oleh pihak Israel. Derma sebanyak RM1,200 berjaya dikumpulkan. Majlis ini menerangkan bagaimana negara Israel wujud dan bagaimana mereka meluaskan pengaruhnya. Ternyata kini bumi Palestin hampir dikuasai sepenuhnya oleh Israel. Semoga pelajar dan semua kaki tangan memahami apa yang telah dibicarakan. Terima kasih kepada semua kakitangan dan pelajar SMKPA atas kemurahan hati anda. Sama-samalah kita mendoakan keamanan dan kejayaan penduduk Palestin. Jadi marilah kita sama-sama membacakan doa berikut untuk penduduk Palestin.


"Wahai tuhan kami sesungguhnya kami menjadikanMu sebagai pendinding kepada musuh-musuh kami. Kami berlindung denganmu daripada kejahatan mereka. Wahai tuhan kami, binasakanlah kesempurnaan mereka dan pecah belahkan kesatuan mereka dan gagalkanlah segala usaha jahat mereka, goyahkanlah pendirian mereka dan hantarkanlah bencana yang besar buat yang menzalimi penduduk Palestin. Wahai tuhan yang gagah perkasa hancurkanlah mereka seeperti mana hancurnya tentera Ahzab, hancur dan musnahkan mereka....amin."



Pelajar-pelajar SMKPA kini sedang menjalani latihan sukan untuk kejohanan sukan tahunan pada 21hb February. Manakala pada 23 January akan diadakan pertandingan merentas desa. Pertandingan melibatkan rumah Murni, Setia, Budi dan Bakti. Pada tahun lepas rumah sukan Murni menjadi johan. Kejohanan sukan akan diadakan di padang sekolah. Hal ini telah menjadi satu budaya sejak dahulu lagi. Pelajar dan guru-guru akan sama-sama membuat garisan untuk balapan. Syabas semua. Anda memang hebat.




Sejarah sekolah

















suasana hari merentas desa yang penuh warna warni, hebatnya SMKPA.


Syukur pada Tuhan semuanya berjalan lancar diatas kerjasama semua pihak, syabas kepada pelajar yang berjaya yang gagal cuba lagi ok. terima kasih cikgu-cikgu Puteri Ampang.


2 february 2009