Thursday, March 26, 2009


Pelajar Jepun bersedia untuk membuat persembahan




Pelajar SMKPA mempersembahkan
pencak silat

Suasana dalam dewan Sri Kandi



Pelajar dari Bunkyo Gakuin Universiti Girl's High School Jepun telah mengadakan lawatan ke SMKPA buat kali ke 7 pada 2 Mac 2009. Justeru itu pelbagai acara telah disediakan untuk tetamu yang hadir kesekolah kita. Datok Astaman Abd. Aziz (Pengerusi Yayasan Pendidikan Titiwangsa) sekali lagi sudi hadir ke SMKPA dan merasmikan majlis ini. Selain itu persembahan kebudayaan seperti tarian, silat, dikir barat dan persembahan multi media telah dipertontonkan kepada tetamu dari Jepun.
Aktiviti di dalam kelas turut diadakan seperti memperkenalkan jenis makanan, permainan, perbualan, belajar bahasa jepun/bm, permainan tradisional, bertukar cenderamata dan sesi bergambar. Suasana penuh meriah dan ceria.
Syabas diucapkan buat semua yang sentiasa bekerja kuat untuk menjayakan majlis ini.

No comments:

Post a Comment