Wednesday, May 27, 2009

Membina Keyakinan Diri

Manusia memang sentiasa diuji dengan pelbagai dugaan dan cabaran, hanya mereka yang tabah dan tenang dapat mengatasi setiap halangan yang mendatang. Kita sebagai manusia hanya mampu merancang namun ketentuan milik Tuhan yang esa.
Bagaimana keyakinan diri dapat dibentuk?
10 cara membina keyakinan diri.
  1. Katakan Boleh - Kata-kata yang positif perlu sentiasa adaa dalam minda kita agar dapat merangsang kita untuk membina keyakinan diri.
  2. Usah Memandang Rendah Keupayaan Diri - Kita sebagai manusia mempunyai kelebihan dan kekuatan yang tersendiri. Kita harus merasa bangga dengan keupayaan diri kita sendiri justeru itu jangan biarkan diri anda dibelenggu dengan pandangan negatif terhadap keupayaan diri sendiri.
  3. Sentiasa Mengkaji dan Membaiki Kelemahan Diri - Jangan jadikan kekurangan diri sebagai halangan. Kita hendaklah sentiasa mengkaji dan membaiki kelemahan diri kerana itu adalah lebih baik daripada kita memikirkannya dan berdiam diri sahaja.
  4. Malu Biar Bertempat - Sifat malu perlu ada dalam diri kita namun biarlah dipamerkan Numbered Listdi tempat yang betul. Justeru itu jangan biarkan perasaan malu yang tidak menentu menguasai diri anda.
  5. Berfikirlah Secara Positif - Hal ini akan membentuk keyakinan diri dan menjadikan kita berani menghadapi cabaran yang mendatang.
  6. Sentiasalah Bersedia - Jika kita sentiasa bersedia keyakinan diri akan bertambah mantap dan tidak mudah diperkecil-kecilkan oleh orang lain.
  7. Usah Menangguhkan Kerja - Sikap menangguhkan kerja membuatkan kita leka justeru itu berusahalah supaya kerja kita tidak tertangguh.
  8. Jagalah Kesihatan dan Minda Kita - Kesihatan yang baik menjadikan kita cergas dan cerdas sepanjang masa, oleh itu jagalah kesihatan dan permakanan anda kerana hal ini akan membentuk minda kita.
  9. Hargai Diri Sendiri - Penghargaan terhadap diri sendiri dapat membentuk perasaan bersyukur dengan anugerah Allah serta membentuk keyakinan diri.
  10. Pilihlah Sahabat - Sahabat yang baik di masa susah dan senang akan menjadikan kita sentiasa riang gembira dan dapat membentuk fikiran yang positif.
Sumber: Diubah suai daripada Majalah Keluarga Harmoni (1 - 15 Mac 2006)

No comments:

Post a Comment