Saturday, January 16, 2010

Selamat tahun baru

Salam hormat buat semua.

Tahun baru azam pun baru, tetapi azam lama sudah tercapai atau belum, tepuk dada tanyalah hati masing-masing. SMKPA kian ceria ditahun 2010, banggunan dicat baru, pokok-pokok tua ditebang bilik komputer kian menarik.

Selamat datang kepada guru-guru dan pelajar baru ke SMKPA, semoga kehadiran 2010 menjadikan kita lebih cemerlang dan berjaya dari tahun-tahun sudah. Kepada guru-guru dan pelajar yang telah meninggalkan SMKPA semoga anda semua akan lebih berjaya.

Tahniah kepada pelajar yang mengambil PMR tahun lepas seramai 14 orang mendapat semua A, satu rekod buat SMKPA semoga tahun ini lebih cemerlang.

Selamat bertugas dan selamat bersekolah buat semua.

1 comment:

  1. TAWARAN MENYAMBUNG PELAJARAN PERINGKAT DIPLOMA..Sila layari http://tawaran-masuk-ipt.jimdo.com untuk maklumat berkenaan program & pendaftaran online jika berminat..

    ReplyDelete